Zara Qairina tragedi kecuaian
Iklan
Zara Qairina disahkan meninggal dunia pada 17 Julai lalu selepas dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama sebuah sekolah agama di Papar, Sabah.
DESAS-desus penglibatan anak orang kenamaan (VIP) dalam kes kematian pelajar, Zara Qairina Mahathir tidak akan timbul sekiranya pihak polis tidak dilihat bertindak sambil lewa.
Kini tampak melucukan apabila Ketua Polis Daerah Papar, Superintenden Kamaruddin Ambo Sakka terpaksa menegaskan bahawa pihaknya komited memastikan setiap aspek diteliti tanpa kompromi dalam siasatan kes kematian pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Limauan itu.