Beli Boeing langkah strategik lonjak ekonomi
Iklan
Laporan Sinar Harian pada Jumaat mengenai Malaysia setuju beli 30 pesawat Boeing dari AS.
SHAH ALAM – Keputusan Malaysia untuk membeli 30 pesawat Boeing dari Amerika Syarikat (AS) bernilai AS$9.5 bilion disifatkan sebagai langkah strategik dalam memperkukuh hubungan perdagangan dua hala dan melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara.
Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Mustazar Mansur berkata, perolehan pesawat itu memberi manfaat berganda bukan sahaja kepada sektor penerbangan tetapi juga pelancongan, pelaburan asing dan pembangunan infrastruktur negara.