BEREGU campuran negara, Jimmy Wong - Lai Pei Jing meneruskan kecemerlangan apabila mara ke perlawanan akhir Kejohanan Badminton Terbuka Macau Super 300 pada Sabtu.
Separuh akhir yang berlangsung di Macau East Asian Games Dome, Cotai, menyaksikan Jimmy-Pei Jing mengambil masa 43 minit menyingkirkan pilihan ketiga dari Indonesia, Amri Syahnawi - Nita Violina Marwah, straight set 21-18, 21-16.