RABAT - Raja Maghribi, Raja Mohammed VI, selaku Pengerusi Jawatankuasa Al-Quds bertitah agar bantuan kemanusiaan dan perubatan dihantar kepada rakyat Palestin khususnya penduduk di Gaza, lapor Agensi Maghreb Arabe Press (MAP).
Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Kerjasama Afrika dan Ekspatriat Maghribi memaklumkan bantuan berkenaan yang keseluruhannya hampir mencecah 180 tan, merangkumi barangan keperluan asas seperti makanan, susu dan keperluan kanak-kanak, selain ubat-ubatan dan peralatan pembedahan untuk golongan yang paling terkesan.