JIPS jalankan siasatan anggota ditahan SPRM

Iklan
Hamzah

KUALA LUMPUR – Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman menjalankan siasatan tatatertib terhadap anggota polis yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Johor dan Kuantan, Pahang.

Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Hamzah Ahmad berkata, pihaknya sedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPRM berhubung kes berkenaan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, di pihak JIPS, siasatan tatatertib dan tindakan tahan kerja akan diambil susulan penahanan anggota terbabit, selepas siasatan teliti dijalankan.

“Kes membabitkan penahanan anggota polis di dua negeri iaitu Johor dan Pahang, dan siasatan masih dijalankan oleh SPRM.

Iklan

“Kita tunggu proses siasatan sehingga mereka didakwa di mahkamah dan dijatuhi hukuman untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui pada Program Ramah Mesra Ketua Polis Negara Bersama Media 2025 di Bukit Aman di sini pada Jumaat.

Media sebelum ini melaporkan enam anggota polis direman selama tujuh hari sehingga 6 Ogos bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan wang sebanyak RM12,000, yang didakwa diterima sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan terhadap individu yang memiliki air ketum di Temerloh, Pahang.

Iklan

Berdasarkan laporan, keenam-enam suspek dipercayai terlibat dalam penahanan lima individu dalam satu operasi berkaitan pemilikan air ketum.

Selain itu, empat lagi anggota polis ditahan SPRM di Johor berhubung kes rasuah membabitkan wang RM635,000 sebagai balasan kerana tidak mengambil tindakan terhadap kesalahan aktiviti perjudian.