SHAH ALAM – Ahli Parlimen Subang, Wong Chen menzahirkan ucapan tahniah kepada pasukan rundingan perdagangan Malaysia, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz atas usaha mereka dalam memastikan kadar tarif yang lebih kompetitif.
Beliau berkata, kadar tarif baharu meletakkan Malaysia setara dengan Indonesia dan sedikit lebih baik berbanding Vietnam dalam konteks perdagangan antarabangsa dengan Amerika Syarikat (AS).