MACHANG – Seorang buruh maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas ketika cuba mengelak seekor biri-biri dalam kejadian di Jalan Kampung Pangkal Mak Wan–Kampung Joh di sini pada Khamis.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, lelaki bujang berusia 25 tahun yang menunggang motosikal jenis Honda C70 dilaporkan datang dari arah Kampung Pangkal Mak Wan menuju ke Kampung Joh sebelum hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan.