KOTA KINABALU - Istana Seri Kinabalu pada Khamis menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tular di media sosial kononnya ada individu dalam kalangan keluarga Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman terlibat dengan kes kematian pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah di Papar.
Istana Seri Kinabalu dalam kenyataan kepada Bernama pada Khamis menegaskan bahawa dakwaan tersebut adalah tidak berasas, tidak bertanggungjawab serta bersifat fitnah yang boleh mencemarkan reputasi keluarga Tun Musa.