Kraf Batik Linut

Iklan

Pengusaha kraf Batik Linut, Mastura Abdul Razak, 44 dibantu suaminya Abd Rahman Abd Malik, 45, membuat cetakan kain batik linut ketika ditemui di Galeri Kraftangan (LAWA) Labuan baru-baru ini.

Keunikan batik linut terletak pada teknik inovatif menggunakan linut (kanji sagu atau ambuyat) sebagai bahan penghalang warna dalam proses cetakan sutera saring.

Iklan
Iklan

Menurut Mastura, lebih 10 motif bertemakan flora Borneo telah dihasilkan. Selain kain batik, produk lain berasaskan batik linut termasuk kipas, beg, keychain, kulit buku dan kotak hadiah turut dihasilkan mengikut permintaan.

Proses pembuatan kini dijalankan sepenuhnya di Galeri LAWA yang dirasmikan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah pada 27 Julai lalu. Galeri ini juga menampilkan pelbagai kraftangan warisan tempatan. - Foto: Bernama

Iklan
Iklan