Sekatan pergerakan bantu KKM tangani Covid-19
Iklan
KUALA LUMPUR - Keputusan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan diharap dapat membantu Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memantapkan kawalan bagi menangani penularan koronavirus (Covid-19) yang melanda negara ketika ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, melalui perintah di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967, pihak KKM dapat melaksanakan sekatan pergerakan untuk mengelak rangkaian penularan penyakit itu seperti di perhimpunan awam.