RMK13: Kerajaan laksana penskalaan PMKS, wujudkan ekosistem lebih progresif

Iklan
Penskalaan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) akan diteruskan menerusi sokongan dan penglibatan aktif syarikat berkaitan kerajaan (GLC) termasuk melalui program pembangunan kapasiti, pendigitalan dan penambahbaikan operasi.

KUALA LUMPUR - Penskalaan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) akan diteruskan menerusi sokongan dan penglibatan aktif syarikat berkaitan kerajaan (GLC) termasuk melalui program pembangunan kapasiti, pendigitalan dan penambahbaikan operasi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bagi merealisasikan sasaran 50 peratus sumbangan PMKS kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara menjelang 2030, kerajaan komited untuk mewujudkan ekosistem PMKS yang lebih progresif.

Iklan
Iklan

"Antara inisiatif yang diusahakan termasuklah penyediaan Dana Pelaburan Strategik, pengukuhan modal kerja dan pembiayaan projek dan Skim Peningkatan Kapasiti dan Keupayaan Perusahaan Kecil dan Sederhana.

"Dalam menyokong pertumbuhan industri yang disasarkan, pembangunan modal insan yang berkemahiran tinggi akan terus menjadi agenda utama negara," katanya ketika membentangkan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), di sini pada Khamis.

Iklan

Anwar menjelaskan, pengukuhan dan penyelarasan akan dipergiat antara agensi seperti Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Kementerian Pelajaran (KPM), Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dan Majlis Amanah Rakyat.

Selain itu menurutnya, kerjasama erat antara institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan industri akan menjadi pemangkin kepada perkongsian pengetahuan teknologi dan peningkatan kemahiran seperti yang dilaksanakan oleh KPT.

Iklan

Penawaran program TVET pula ujarnya, akan distrategikan semula dengan penekanan kepada sektor pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi (HGHV) dan berasaskan teknologi termaju, sejajar dengan keperluan pasaran buruh bagi menyokong keperluan industri seperti di JS-SEZ, KIGIP, KHTP.

"Dalam tempoh RMK13, Malaysia menyasarkan pewujudan 700,000 peluang pekerjaan baharu dalam sektor pembuatan dan 500,000 lagi penciptaan karier dalam bidang ekonomi digital.

"Bagi menggalakkan penyertaan belia, kerajaan akan memperkenal Skim Pembiayaan Perkasa TVET Madani dan Dana Latihan TVET.

"Selain itu penawaran program TVET turut diperluas kepada pelajar tahfiz bagi melahirkan huffaz teknokrat Madani yang mempunyai nilai tambah kepakaran teknikal," jelasnya.