RM1 sehari bantu rakyat tanpa sempadan

Iklan
Mohd Anis (kanan) dan Amir Haris (kiri) bertukar dokumen MoU sambil disaksikan Tengku Mohamad Rizam (tengah) pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) MAIK bersama SecurePay yang diadakan di sini pada Rabu.

KOTA BHARU – Bermula dengan hanya RM1 sehari, rakyat berpeluang menyumbang secara konsisten kepada golongan memerlukan melalui inisiatif baharu platform digital Sedekah Seriya Sehari yang diperkenalkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Platform sumbangan Dana Awam Baitulmal untuk diagihkan tanpa mengira kaum, bangsa dan agama itu dibangunkan hasil kerjasama strategik bersama SecurePay Sdn Bhd (SecurePay) di bawah program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Iklan
Iklan

Tengku Temenggong Kelantan, Tan Sri Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz juga Yang Dipertua MAIK berkata, kempen tersebut diwujudkan untuk membuka ruang amal yang luas kepada seluruh rakyat termasuk di luar Kelantan dan serata dunia.

“Walaupun sumbangan kempen ini bermula hanya serendah RM1 sehari, impaknya amat besar kerana mampu membantu golongan memerlukan yang tidak termasuk dalam kategori asnaf zakat.

Iklan

Acara menandatangani MoU Mohd Anis (kanan) dan antara Amir Haris (kiri) sambil disaksikan Tengku Mohamad Rizam (tengah).

“Sama ada ibu tunggal, pesakit kronik, warga emas, orang kurang upaya mahupun mangsa bencana perlu dibantu tanpa mengira latar belakang kaum atau agama,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) MAIK bersama SecurePay diwakili Timbalan Yang Dipertua MAIK, Datuk Mohd Anis Hussein dan Pengarah Eksekutif SecurePay, Datuk Ts Amir Haris Ahmad.

Beliau mengulas, platform Kempen Sedekah Seriya Sehari dibina dengan matlamat utama menjadikan amalan sedekah sebagai budaya harian yang mudah diakses, selamat dan telus.

Menerusi kaedah pembayaran dalam talian Pertukaran Proses Kewangan (FPX), sumbangan boleh dibuat terus secara dalam talian melalui laman sesawang atau menerusi aplikasi mudah alih, tanpa memerlukan pendaftaran rumit atau sebarang semakan kelayakan.

Sebahagian tetamu yang hadir pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) MAIK bersama SecurePay yang diadakan di sini pada Rabu.

“Inisiatif ini membolehkan sesiapa sahaja dan di mana-mana jua untuk menyumbang secara berterusan.

“Sumbangan serendah RM1 sehari merentas sempadan ini mampu mengubah ramai golongan memerlukan,” katanya.

Menurut beliau, Kempen Sedekah Seriya Sehari dibina dari kesinambungan Sistem e-Jariah Masjid, yang diperkenalkan MAIK pada 20 Februari lalu yang juga satu platform pusat hentian utama kutipan infaq secara digital kepada 621 buah masjid di seluruh negeri.

“Sistem e-Jariah membolehkan penyumbang memilih sendiri masjid mengikut kategori iaitu masjid negeri, bandar, jajahan atau mukim dan melakukan infaq secara terus dengan pengesahan resit yang pemantauan oleh pihak MAIK melalui sistem pemantauan khas,” ujar beliau.

Orang ramai boleh imbas kod QR untuk menyumbang kepada kempen ini.

MAIK turut menzahirkan penghargaan kepada pihak SecurePay atas kesediaan menjadi rakan strategik dalam pembangunan sumbangan dua sistem digital bernilai RM 460,000 tersebut.

“Ini bukti bahawa kerjasama antara institusi agama dan sektor teknologi mampu menghasilkan inovasi bermanfaat kepada rakyat.

“MoU ini juga permulaan kepada satu gelombang transformasi urusan kebajikan dan MAIK bergerak ke arah masa depan yang lebih sistematik, telus serta efisien dalam pengurusan amal,” katanya.