Bomoh Kemboja 'sihir' Komander Tentera Thailand

Iklan
Tular video bomoh Kemboja melakukan ritual sihir terhadap gambar Komander Tentera Wilayah Kedua Thailand, Leftenan Jeneral Boonsin Padklang.

BANGKOK – Sebuah video memaparkan bomoh Kemboja melakukan ritual sihir terhadap gambar Komander Tentera Wilayah Kedua Thailand, Leftenan Jeneral Boonsin Padklang, tular di media sosial.

Ia melibatkan satu upacara ritual yang melibatkan simbolio keganasan yang ditujukan pada gambar jeneral Thailand itu.

Iklan
Iklan

Ritual berkenaan dimulakan dengan muzik dan tarian tradisional sebelum seorang lelaki berjubah putih mengetuai upacara di hadapan imej besar Padklang.

Upacara tersebut disertai dengan bacaan mantera yang menyeru agar kematian awal menimpa pegawai tentera Thailand.

Iklan

Lelaki tersebut kemudian dilihat menikam gambar itu menggunakan trisula diikuti individu lain memegang objek tajam melakukan aksi serupa sambil menari sebelum menikam imej berkenaan.

Upacara itu berakhir dengan seorang bomoh berjubah merah menggunakan cakera berbilah untuk mencarik gambar berkenaan sebelum ia dibakar sebagai kemuncak ritual.

Iklan