Naik Hamzah, buat apa?
Iklan
Hamzah.
PERHIMPUNAN Turun Anwar telah pun berakhir dengan amannya. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin meramalkan bilangan peserta akan mencecah sejuta orang. ‘Setelah abu menetap’, Pemuda Pas menganggarkan bilangannya kira-kira 200,000 orang, manakala anggaran polis cuma 18,000 orang.
Sebagai perbandingan, perhimpunan anti-ICERD pada 8 Disember 2018 - anggaran bilangan pesertanya berbeza — seramai 50,000 orang (polis) dan 300,000 orang (penganjur). Nyata, perhimpunan tersebut gagal, berbanding perhimpunan anti-ICERD.