Dengar denyut nadi rakyat
Iklan
RMK13 mesti dijadikan sebagai peluang untuk ‘reset’ nasional – bukan sahaja dalam pendekatan pembangunan fizikal, tetapi lebih-lebih lagi dalam pembentukan dasar sosial dan ekonomi yang menepati realiti semasa rakyat.
DALAM siri jelajah Townhall Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13), sebagai sebahagian daripada penyelidikan yang sedang diusahakan di INPUMA Universiti Malaya untuk Kementerian Ekonomi, pendekatan ‘Kamu Cakap, Kami Dengar & Catat’ yang dilaksanakan telah membuahkan pelbagai dapatan penting daripada rakyat pelbagai latar belakang.
Siri jelajah pertama ini diadakan di tiga lokasi strategik iaitu Sandakan, Kota Kinabalu dan Bandar Tun Razak di Kuala Lumpur.