Marah jalan rosak, penduduk lepas ikan dalam lopak

Iklan
Penduduk memancing di lopak jalan rosak di Jalan Setia Makmur, Sunggal, Sumatera Utara, Indonesia. Foto Agensi

DELI SERDANG – Sebuah video tular memaparkan penduduk tempatan memancing di lopak air jalan rosak di Jalan Setia Makmur, Sunggal, sebagai tanda protes kepada pihak berkuasa.

Aksi unik itu dilakukan penduduk pada Sabtu lalu, dengan melibatkan golongan kanak-kanak hingga dewasa yang duduk di tepi lubang jalan sambil memancing.

Iklan
Iklan

Menurut seorang penduduk, Danil, mereka sengaja membeli dan melepaskan ikan keli ke dalam lopak tersebut sebelum memulakan protes.

“Ini bentuk kekecewaan kami kerana jalan ini rosak dan tidak dibaiki bertahun-tahun,” katanya kepada detikSumut.

Iklan

Penduduk juga bertindak menutup sementara jalan itu ketika aksi berlangsung, sebagai usaha mendesak perhatian pihak berwajib.

Jalan tersebut merupakan laluan penting yang menghubungkan permukiman penduduk serta menjadi jalan alternatif antara Binjai dan Medan.

Iklan

“Kami mohon jalan ini dibaiki segera. Ini bukan sekadar laluan, tapi nadi harian kami,” kata seorang lagi penduduk, Rio. - Agensi