Biasiswa GENM 2025 kini dibuka, perkasa bidang strategik generasi muda

Iklan
GENM melancarkan Program Biasiswa GENM 2025 meliputi bidang-bidang strategik yang menyumbang kepada pembangunan negara. Gambar hiasan

SHAH ALAM - Sempena ulang tahun Jubli Intan ke-60, Genting Malaysia Berhad (GENM) melancarkan Program Biasiswa GENM 2025 sebagai kesinambungan kepada inisiatif tanggungjawab sosial jangka panjang.

Dalam usaha menyokong pembangunan modal insan negara, program yang diperkenalkan sejak tahun 2006 itu memberi peluang kepada ratusan pelajar yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Iklan
Iklan

Timbalan Presiden GENM, Lee Thiam Kit berkata, pihaknya percaya bahawa pendidikan merupakan kunci kepada perubahan dan kemajuan masa depan.

“Sejak inisiatif biasiswa ini diperkenalkan, kami telah menyaksikan betapa pentingnya peluang pendidikan dalam membuka ruang dan menjadi pemangkin kepada transformasi yang positif.

Iklan

“Di GENM, kami berbangga menjadi sebahagian daripada usaha memperkasa generasi muda yang berbakat untuk merealisasikan aspirasi akademik mereka, sekali gus membina masa depan lebih cemerlang,” katanya.

Permohonan yang dibuka hingga 15 Ogos itu terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 23 tahun ke bawah yang sedang menunggu tawaran kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa, sama ada di dalam atau luar negara.

Iklan

Antara syarat seperti calon mestilah memenuhi salah satu daripada kriteria akademik seperti minimum tiga gred A untuk STPM/A-Level, Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) minimum 3.0 (diploma/asasi) atau kelayakan pra-universiti lain yang setara dan diiktiraf.

Selain pencapaian akademik, calon yang aktif dalam kokurikulum, memiliki ciri kepimpinan dan komitmen terhadap pembangunan diri akan diberi keutamaan.

Golongan B40 dan M40 yang belum menerima sebarang bantuan kewangan lain turut digalakkan memohon.

Biasiswa tersebut meliputi bidang-bidang strategik yang menyumbang kepada pembangunan negara seperti hospitaliti, kejuruteraan, teknologi maklumat, perniagaan dan lain-lain yang berkepentingan nasional.

Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian menerusi laman rasmi, www.rwgenting.com/en/careers/scholarship/introduction.html manakala sebarang permohonan secara fizikal tidak akan diterima.