135 penumpang bas dikompaun tak pakai tali pinggang keledar

Iklan
Siti Zarina ketika membuat pemeriksaan tali pinggang keledar dalam sebuah bas.

MELAKA - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka merekodkan 153 penumpang dan 18 pemandu bas ekspres serta bas persiaran didapati melakukan kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar sejak 1 Julai hingga 29 Julai lalu.

Pengarahnya, Siti Zarina Mohd Yusop berkata, pihaknya mendapati perkara itu berlaku disebabkan kurang kesedaran biarpun pemandu bas telah memberi peringatan sebelum memulakan perjalanan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kesalahan itu dikesan menerusi Ops Khas yang dijalankan bermula awal bulan Ini hingga Selasa lalu ke atas 350 bas yang diperiksa.

"Membabitkan 91 bas ekspres dan 159 bas persiaran, daripada jumlah itu 109 bas telah dikenakan tindakan.

Iklan

"Kita juga telah mengadakan pertemuan dengan pengusaha bas supaya berikan peringatan namun penumpang sendiri kurang kesedaran mungkin kerana merasakan bas besar dan akan selamat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas mengetuai operasi bersepadu bersama beberapa agensi berkaitan di Batu Berendam, di sini pada malam Selasa.

Iklan

Tambahnya, mereka yang melakukan kesalahan itu akan dikenakan kompaun sebanyak RM300 mengikut peruntukan Kaedah 4 dan 4A Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Tali Pinggang Keledar) 1978 (Pindaan) 2008, Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

Dalam operasi itu, JPJ turut menahan seorang penunggang motosikal yang bukan sahaja membahayakan nyawanya malah isteri yang mengandung kerana menunggang motosikal tanpa lesen.

Dalam operasi itu, JPJ turut menahan seorang penunggang motosikal yang bukan sahaja membahayakan nyawanya malah isteri yang mengandung kerana menunggang motosikal tanpa lesen.

Pasangan dari Batu Berendam dan masing-masing berusia 30-an kemudiannya dikenakan kompaun RM150 atas kesalahan tidak memiliki lesen manakala pemilik motosikal juga dikenakan kompaun RM250 kerana cukai kenderaan tamat tempoh.

"Malah kita juga mengeluarkan arahan untuk datang pemeriksaan motosikal itu dalam tempoh dua minggu memandangkan pemeriksaan awal ini mendapati lampu signal dan lampu brek tidak berfungsi," katanya lagi.

Dalam operasi itu juga sebanyak 745 kenderaan diperiksa dalam operasi itu dan 197 dikenakan tindakan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta 333.