PUTRAJAYA – Empat pelajar dikenakan tindakan gantung sekolah manakala 14 lagi diberi surat amaran selepas terlibat dalam satu insiden pergaduhan yang tular di media sosial.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, tindakan tegas itu diambil selaras dengan prosedur disiplin yang ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
“Empat murid yang digantung akan mengikuti program khidmat masyarakat di bawah kelolaan pejabat pendidikan daerah (PPD)," katanya menerusi hantaran di laman sosial selepas hadir ke sekolah berkenaan pada Rabu.
Ujar beliau, sesi kaunseling turut dilaksanakan sebagai intervensi untuk membimbing mereka ke arah perubahan tingkah laku menerusi penerapan nilai-nilai murni.
"Saya pertegaskan KPM tidak berkompromi dengan isu yang boleh menjejaskan keselamatan institusi pendidikan.
"Langkah-langkah pencegahan perlu dilaksanakan bagi memastikan ekosistem selamat dan kesejahteraan warga sekolah secara keseluruhan," jelasnya.
Terdahulu tular rakaman sekumpulan pelajar lelaki bergaduh di percayai di sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur.
manakala 14 lagi diberi surat amaran selepas terlibat dalam satu insiden pergaduhan yang tular di media sosial.