Empat tapak pelupusan sampah haram terbakar

Iklan
Keadaan kebakaran tapak pelupusan sampah haram.

RAWANG - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) masih giat memadamkan kebakaran tapak pelupusan sampah haram seluas kira-kira empat ekar di sini sejak Ahad lalu.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.27 pagi dan operasi dijalankan hampir 20 jam setiap hari.

Iklan
Iklan

“Setakat ini, kebakaran berjaya dikawal sekitar 50 peratus. Operasi pemadaman melibatkan agensi JBPM, Pejabat Tanah dan Galian, Pasukan Tindak Cepat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, selain bantuan dua unit jentera jentolak,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurut beliau, kebakaran sukar dipadam sepenuhnya berikutan terdapat beberapa titik panas di lokasi berbeza.

Iklan

“Proses pemadaman menggunakan jentolak sedang dijalankan, selain dron dengan kamera inframerah bagi mengenal pasti hotspot di kawasan tersebut,” katanya.

Keadaan kebakaran tapak pelupusan sampah haram.

Iklan

Terdahulu, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dalam kenyataan berkata, kebakaran di tapak pelupusan sampah itu disahkan tidak menjejaskan kualiti air Sungai Kundang yang menjadi laluan sumber air utama ke Loji Rawatan Air (LRA) negeri Selangor.

LUAS segera ke lokasi kejadian selepas menerima laporan lewat petang Isnin bagi memantau keadaan serta menilai risiko terhadap sumber air berhampiran.