Elak harimau stres dalam kurungan
Iklan
Dr Suhailiza.
KUALA LUMPUR - Sentiasa tukar permainan dan penjagaan makanan yang baik adalah antara kaedah digunakan bagi mengurangi kadar stres Harimau Malaya yang tinggal di dalam zoo.
Pakar Veterinar Zoo Negara, Dr Suhailiza Hanie berkata, pihaknya menggunakan pendekatan sedemikian agar haiwan tersebut mampu menyesuaikan diri dengan suasana di dalam zoo yang terhad berbanding habitat asalnya.