Perjalanan pulang bertukar tragedi, warga emas maut dihempap pokok

Iklan
Mangsa dihempap dahan pokok besar semasa menunggang motosikal. Foto PDRM

BERA - Seorang warga emas maut selepas dihempap dahan pokok besar ketika sedang menunggang motosikal di Kilometer 34, Jalan Kuala Bera-Chenor di sini pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.50 petang itu, mangsa, Kamar Seman, 65, yang menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Batu Papan, secara tiba-tiba dihempap dahan pokok yang patah.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian berkenaan kira-kira jam 7 malam sebelum sepasukan pegawai penyiasat dihantar ke lokasi.

Lokasi kejadian yang meragut nyawa mangsa selepas dihempap dahan pokok besar pada Selasa. Foto ihsan PDRM

Iklan

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa terbaring di atas jalan dan mengalami kecederaan parah di bahagian belakang kepala. Penduduk kampung membantu mengalihkan dahan pokok yang menghempap mangsa.

“Semasa sampai di lokasi kejadian, secara tiba-tiba sebatang dahan pokok besar telah patah lalu menghempap mangsa,” katanya dalam kenyataan media pada Selasa.

Iklan

Ujarnya, situasi itu menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Jelas beliau, kematian mangsa telah disahkan oleh Penolong Pegawai Perubatan dari Hospital Bera.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Bera untuk bedah siasat.”

Katanya, setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai Rujuk Lain Agensi (RLA) sementara kerana mangsa tidak mempunyai rekod kesihatan dan punca kematian belum dapat dipastikan.