Mendepani saingan kuasa besar
Iklan
ASEAN perlu mengekalkan prinsip neutral dan harus kekal sebagai zon aman, bebas serta berkecuali di tengah-tengah persaingan antara AS dan China yang semakin meningkat. Foto Envato (Gambar kecil: Muhammad Huzaimi)
Sejak penubuhannya pada tahun 1967, ASEAN berpegang teguh kepada prinsip-prinsip seperti tidak berpihak kepada mana-mana kuasa besar, menghormati kedaulatan, neutral dan dasar tidak campur tangan dalam urusan dalaman negara anggota.
Prinsip-prinsip ini yang termaktub dengan jelas dalam Piagam ASEAN dan TAC (Treaty of Amity and Cooperation in Southeast Asia) terbukti berkesan dalam mengekalkan kestabilan Asia Tenggara sebagai sebuah rantau yang kaya dengan kepelbagaian agama, etnik dan kedudukan ekonomi.