Ragam 'Oyen Besar' zoo
Iklan
Squash mula keluar daripada 'bilik bermalam' dan masuk ke pameran harimau untuk bermain. Foto Sinar MOHD HALIM ABD WAHID. (Gambar kecil: Mohd Effendi dan Choirul Huda)
AMPANG - Selama 13 tahun menjaga Harimau Malaya, Choirul Huda Bahri sudah sebati dengan perangai empat ekor hidupan liar itu yang ditempatkan di Zoo Negara, Hulu Kelang.
Beliau yang kini berusia 32 tahun berkata, Squash ialah Harimau Malaya betina yang paling manja, sopan dan mendengar kata berbanding Kayla, Wira serta King King.