Hiruk pikuk diplomasi
Iklan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (enam dari kiri) bergambar bersama menteri luar ASEAN, menteri luar Timor-Leste (sebagai permerhati) pada Mesyuarat Menteri Luar ASEAN ke-58 dan mesyuarat berkaitan pada 9 Julai lalu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Foto Bernama
Kuala Lumpur rancak dengan pelbagai aktiviti diplomatik sejak beberapa bulan kebelakangan ini dan sebahagian besar daripadanya dirasai oleh pengguna jalan raya di ibu negara.
Malah, rakan-rakan saya ada bertanya kenapa begitu banyak kesesakan trafik di ibu kota, sering kali disertakan bersama video kenderaan rasmi lengkap dengan bendera yang diiringi polis dan mesej bernada kecewa kerana terlewat ke destinasi dituju – lalu timbullah rungutan sama ada layanan sebegitu wajar atau tidak – namun bukan setiap tahun Malaysia diberikan kepercayaan untuk menjadi Pengerusi ASEAN.