LAHAD DATU - Polis menahan lima lelaki termasuk tiga anggota polis disyaki terlibat penyalahgunaan dadah dan ketum di sebuah rumah di Taman Harapan, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, kesemua yang berusia 24 hingga 38 tahun ditahan menerusi Op Tapis pada jam 11.30 pagi.