Pasangan doktor dicekup berkhalwat dalam rumah sewa

Iklan
Pasangan doktor dicekup selepas disyaki berkhalwat dalam sebuah rumah di Taman Semabok Perdana di sini pada Selasa.

MELAKA - [DIKEMAS KINI] Doktor lelaki di sebuah hospital di negeri ini dicekup Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) selepas disyaki berkhalwat dengan kekasihnya di sebuah rumah di Taman Semabok Perdana, Semabok, di sini pada petang Selasa.

Ketika serbuan dilakukan kira-kira jam 3.25 petang, doktor berkenaan dan pasangan yang juga merupakan doktor perubatan sanggup bersembunyi dalam rumah teres setingkat itu.

Iklan
Iklan

Doktor lelaki terbabit yang didakwa mempersoalkan tindakan penguat kuasa datang ke rumah sewanya.

Sumber berkata, bagaimanapun selepas 20 minit menunggu akhirnya pasangan masing-masing berusia 30-an yang enggan memberikan kerjasama ketika kehadiran imam masjid, polis dan penduduk taman akhirnya akur.

Iklan

Menurutnya, pasangan doktor itu terpaksa membuka pintu rumah selepas sepasukan penguat kuasa tiba sebelum menahan mereka pada jam 3.43 petang.

"Malah doktor lelaki yang membuka pintu rumah terbabit turut mempersoalkan tindakan penguat kuasa untuk memeriksa kediamannya yang disewa bersama dua lagi rakan lelakinya yang tiada di rumah ketika serbuan dilakukan," katanya.

Iklan

Sementara itu, usaha menghubungi Pengarah JAIM, Datuk Md Azhan Samat untuk mengesahkan kejadian itu belum mendapat maklum balas.