NEW YORK -"Arab Saudi tidak akan menormalkan hubungan dengan Israel melainkan sebuah negara Palestin ditubuhkan dan perang genosid di Gaza ditamatkan".
Kenyataan tegas tanpa kompromi itu dibuat Menteri Luar, Putera Faisal Farhan pada Isnin yang menandakan pendirian paling jelas Riyadh ketika negara antarabangsa terus menggesa penyelesaian dua negara terhadap konflik Palestin-Israel.