Kartel dalang peniaga asing
Iklan
Tindakan penguatkuasaan perlu diperkasakan bagi membanteras aktiviti perniagaan dijalankan warga asing. Gambar kecil dari kiri: Rosli, Norsyahrin
SHAH ALAM - Kartel yang beroperasi secara berleluasa dikenal pasti punca utama di sebalik peningkatan premis perniagaan yang dikendalikan warga asing di negara ini.
Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Norsyahrin Hamidon berkata, kartel tersebut berperanan sebagai pihak perantara dengan menggunakan nama atau lesen rakyat tempatan untuk mendaftarkan perniagaan sebelum menyerahkan sepenuhnya operasi harian kepada warga asing.