Kesan domino boleh tercetus
Iklan
Konflik serantau berterusan antara Kemboja dan Thailand berisiko menggugat prinsip ZOPFAN. (Gambar kecil: Mohd Azhar)
SHAH ALAM - Konflik serantau berterusan antara Kemboja dan Thailand berisiko menggugat prinsip Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) yang diikrarkan dalam kalangan negara-negara ASEAN sejak 1971.
Penganalisis politik, Profesor Madya Dr Mohd Azhar Abd Hamid berkata, ZOPFAN merupakan tunjang kepada penubuhan ASEAN dan sebarang ketegangan antara negara anggota boleh menjejaskan kredibiliti gabungan itu sebagai zon aman yang dihormati dunia.