Kenapa jiran paling kerap perang
Iklan
Konflik antara Kemboja dan Thailand adalah salah satu contoh terkini yang harus membuka mata rakyat Malaysia betapa perang boleh tercetus dengan ‘jiran’ hanya kerana secebis tanah.
KONFLIK antara Kemboja dan Thailand adalah salah satu contoh terkini yang harus membuka mata rakyat Malaysia betapa perang boleh tercetus dengan ‘jiran’ hanya kerana secebis tanah, tetapi rakyatlah yang akhirnya paling menderita, bukannya ketua tentera atau pemimpin politik.
Bedilan meriam dan jet tempur menghujani kawasan perkampungan di kedua-dua belah negara. Sekolah musnah, kanak-kanak cedera. Lebih 200,000 penduduk kampung terpaksa melarikan diri, tinggallah kampung yang kosong.