BUKIT KAYU HITAM – Cubaan seorang wanita warga tempatan untuk menyeludup masuk empat produk kesihatan yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) gagal apabila barangan dianggarkan bernilai RM4,460 itu dirampas di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sini pada Ahad.
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dalam satu kenyataan pada Isnin memaklumkan bahawa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah merujuk produk berkenaan kepada Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, KKM pada jam 3.30 petang.