Burung kakak tua 'nasihat' kucing jangan cakar sofa
Iklan
Tangkap layar video tular menunjukkan Michael sedang memarahi Ticha supaya tidak mencakar sofa.
SHAH ALAM - Keakraban hubungan seekor burung kakak tua dan empat ekor kucing peliharaan milik seorang wanita dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan boleh dianggap luar biasa apabila haiwan-haiwan tersebut mampu hidup di bawah satu bumbung tanpa sebarang insiden pergaduhan.
Menurut pemiliknya, Norazrin Marzuki, 42, selain seekor burung diberi nama Michael, dia turut memelihara empat ekor kucing yang kesemuanya dinamakan Tam, Ticha, Itot dan Abu.
Iklan
Iklan
Menurutnya, dia sudah melatih haiwan-haiwannya agar saling mengenali dan tidak menyerang antara satu sama lain, malah burung kakak tua peliharaannya tidak akan diapa-apakan walaupun diletakkan di luar sangkar.
Norazrin bersama Michael dan Tam ketika menyertai satu ekspo pada tahun lepas.
Iklan
"Michael dengan Tam memang baik sebab sudah membesar bersama-sama sejak kecil selama tujuh tahun.
"Selepas saya bela Michael selama dua minggu, Ticha kemudiannya hadir dalam hidup kami dan tidak pernah menyerang burung saya," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.
Iklan
Terdahulu, video Michael sedang bercakap dan menasihati salah seekor kucing peliharaan Norazrin iaitu Ticha supaya tidak mencakar sofa tular di Tik Tok sehingga mendapat 1.4 juta tontonan dan 99,800 tanda suka.
Menurut Norazrin, dia mula membela Ticha yang hampir dilanggar kenderaan di sebuah jalan kira-kira dua tahun lepas.
"Saya pun latih Ticha untuk anggap Michael sebagai keluarga, sekali gus tidak menyerangnya," ujarnya lagi.
Katanya, dua daripada kucingnya iaitu Itot dan Abu masih baru dipelihara, namun turut diberikan latihan sama supaya dapat hidup sebumbung dengan Michael.
Ujarnya lagi, proses melatih haiwan-haiwannya bukan mudah kerana kebimbangan berlaku insiden tidak diingini sewaktu latihan diadakan tetap ada, namun beliau nekad menjadikan mereka sebahagian daripada keluarga.
Burung kakak tua dikenali sebagai Michael.
Mengulas mengenai kebolehan Michael, Norazrin mendedahkan burung peliharaannya menunjukkan kebolehan memahami persekitaran dan perbualan sejak berusia setahun.
Tambahnya, Michael juga mampu bertindak balas terhadap situasi tertentu berdasarkan pemerhatiannya sendiri.
"Setiap kali kalau kucing cakar sofa, saya akan marah.
"Jadi, apabila Michael tengok situasi itu beberapa kali, dia pun tegur dan marah supaya tidak cakar sofa.
"Jadi, Michael ibarat PA (pembantu peribadi) dan saya juga tidak perlu risau lagi untuk tinggalkan rumah apabila ada pembantu tolong tengok-tengokkan rumah," menurutnya.
Kejujuran seorang tukang kebun di Muzium Samudera, Banda Hilir di Melaka tidak rambang mata apabila memulangkan seutas gelang emas yang dianggarkan bernilai RM15,000, Ahad lalu wajar dipuji, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Tengku Anddy Asmawi Tengku Ahamad, 28, yang baru dua bulan bekerja di muzium berkenaan tidak berfikir panjang dan terus menyerahkan gelang seberat 25 gram itu kepada kakitangan muzium.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795651/edisi/melaka-ns/baru-dua-bulan-bekerja-tukang-kebun-pulangkan-gelang-emas-rm15000
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.