Integriti mengurus dana awam
Iklan
Gambar kecil: Wan Suraya
SETIAP kali Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) dibentangkan di Dewan Rakyat, ada sahaja pekung di dada agensi-agensi tertentu kerajaan didedahkan kepada umum. Ketirisan dana awam dalam pemberian tender bernilai berjuta ringgit diperincikan.
Tindakan ‘musang berbulu ayam’ penjawat awam yang diamanahkan melaksanakan projek tertentu dibongkar. Perbuatan menyakau wang negara yang sepatutnya dibelanjakan untuk kepentingan rakyat dan pelbagai bentuk penyalahgunaan kuasa, semacam sudah menjadi amalan meluas termasuk pada peringkat tinggi.