Teropong ekonomi melalui SARA
Iklan
Pemberian SARA RM100 disejagatkan bagi merangkumi golongan maha kaya — jutawan dan bilionair.
BEBERAPA hujah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan penghargaan Kerajaan Madani kepada rakyat Malaysia pada Rabu lalu menjadi petunjuk kepada keadaan ekonomi dan politik negara sekarang.
Beliau mengakui rakyat sedang menghadapi tekanan kos sara hidup yang semakin mencabar dan berharap semua bantuan diumumkan itu akan menjadi penyuntik kelegaan buat rakyat.