Himpunan Turun Anwar: Peserta wanita dikejarkan ke HKL akibat sesak nafas

Iklan
Seorang wanita dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) setelah mengalami sesak nafas ketika menyertai Himpunan Turun Anwar di ibu negara pada Sabtu.

KUALA LUMPUR - Seorang wanita dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) setelah mengalami sesak nafas ketika menyertai Himpunan Turun Anwar di ibu negara pada Sabtu. 

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur kejadian berlaku pada 4 petang di Dataran Merdeka apabila wanita berusia 30-an itu mengalami sesak nafas akibat kandungan gula dalam darah rendah.

Iklan
Iklan

"Mangsa telah diberi rawatan awal di lokasi kejadian dan kemudian dibawa oleh unit EMRS JBPM ke HKL untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Perhimpunan itu melibatkan lima lokasi utama, iaitu Masjid Negara, Pasar Seni, Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Masjid Jamek Kampung Baru dan Kompleks Sogo, sebelum peserta bergerak ke Dataran Merdeka. - Bernama

Iklan

 

 

Iklan