Penganjur Himpunan Turun Anwar mungkir janji pasang pentas

Iklan
Polis mengesahkan pentas didirikan sempena Himpunan Turun Anwar di Dataran Merdeka dibina tanpa kebenaran DBKL.

KUALA LUMPUR – [DIKEMAS KINI] Pentas yang didirikan oleh penganjur Himpunan Turun Anwar di Dataran Merdeka pada Sabtu dikenal pasti dibina tanpa kebenaran rasmi daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, tiada permohonan rasmi dikemukakan kepada DBKL berkaitan pembinaan struktur berkenaan.

Iklan
Iklan

“Struktur pentas tersebut tidak menjamin keselamatan, selain tiada maklumat jelas mengenai jumlah individu yang akan berada di atasnya.

“Dalam permohonan awal antara polis dan pihak penganjur, hanya dua kenderaan pacuan empat roda dipersetujui untuk dijadikan pentas,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Sementara itu, DBKL memaklumkan bahawa pihaknya telah mengalihkan peralatan khemah yang dibawa masuk ke kawasan tersebut kerana hanya kenderaan milik DBKL dibenarkan berada di lokasi berkenaan.

Terdahulu, tular di media sosial satu hantaran yang mendakwa pentas yang didirikan sempena himpunan berkenaan diminta dialihkan oleh pihak berkuasa.

Iklan