Covid-19: KKM gesa semua perhimpunan ditangguhkan

Iklan

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggesa semua perhimpunan yang melibatkan orang ramai (mass gathering) ditangguhkan bagi mencegah kemungkinan jangkitan koronavirus (Covid-19).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, orang ramai juga dinasihatkan tidak menghadiri program termasuk aktiviti keagamaan jika mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan.

Iklan
Iklan

"Rakyat Malaysia yang bergejala jangkitan saluran pernafasan tidak digalakkan melawat kawasan lain walaupun di dalam negara sepanjang cuti sekolah dan tidak melancong ke luar negara.

"Individu yang bergejala juga dinasihatkan menjarakkan diri (social distancing) sekurang-kurangnya satu meter apabila berhadapan dengan individu lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Iklan
Iklan

Dalam masa sama, beliau turut menyarankan orang ramai agar mengamalkan langkah-langkah pencegahan dan menjaga kebersihan diri.