KUALA LUMPUR – Polis giat mengesan penjenayah kes pecah masuk kediaman cucu kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Bukit Ledang di sini, yang melibatkan kerugian kira-kira RM1.8 juta pada Rabu.
Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kediaman berkenaan.