'Tak mustahil orang dalam jadi ejen perisik asing'
Iklan
Malaysia berisiko digunakan sebagai titik transit untuk penyeludupan senjata atau dadah. Gambar kecil dari kiri: Azmi, Zalmizy
SHAH ALAM – Modus operandi melibatkan ‘orang dalam’ agensi keselamatan dikhuatiri menyebabkan sebarang operasi perisik asing yang mengancam keselamatan negara sukar dikesan.
Pakar geostrategi, Profesor Dr Azmi Hassan tidak menolak kemungkinan tersebut, malah berkata berdasarkan insiden yang pernah berlaku sebelum ini, tidak mustahil ejen asing seperti Mossad, agensi perisikan Israel merekrut individu tertentu dari dalam agensi keselamatan sendiri bagi melicinkan operasi mereka di negara ini.