RM100 buat heboh
Iklan
Gambar hiasan. Foto 123RF
AWANG sebetulnya seronok sungguh dapat bantuan RM100. Terima kasihlah Tuk Seri PMX bagi rezeki kat Awang.
Tak semena-mena kata orang, tak ada ribut, tak ada taufan, tiba-tiba turun rezeki. Tentulah sangat istimewa sebab semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas (maksudnya yang boleh mengundi) dapat RM100 itu.