Covid-19: Kemudahan di bawah Motac tutup hingga 30 April
Iklan
KUALA LUMPUR- Semua kemudahan awam di bawah Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (Motac) ditutup berkuatkuasa serta merta sehingga 30 April ini sebagai langkah berjaga-jaga penularan jangkitan koronavirus (Covid-19).
Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, tindakan ini dibuat dengan mengambil kira kepentingan kesihatan awam dan bertujuan menyekat penularan wabak itu.