'Kami sekeluarga dapat RM500'
Iklan
Abdul Razak (tiga dari kiri) dan isteri, Aziana (tiga dari kanan) bersama empat anak mereka.
SHAH ALAM – Pengumuman bantuan tunai SARA one-off RM100 kepada rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut penuh rasa syukur oleh sebuah keluarga di sini yang mempunyai lima ahli layak menerima manfaat tersebut.
Bagi Abdul Razak Idris, 53, bantuan itu bukan sekadar angka, sebaliknya merupakan rezeki berganda buat keluarganya apabila beliau, isterinya Aziana Mohamad Aripin serta tiga anak mereka turut menerima sumbangan itu, menjadikan jumlah keseluruhan bantuan yang akan diterima mencecah RM500.