'Ular gergasi berkepala manusia' menjalar di tengah jalan

Iklan
Video itu meraih jutaan tontonan setelah ia tular, baru-baru ini. Foto Agensi

TOKYO - Tular sebuah video memaparkan 'ular gergasi berkepala manusia' menjalar melalui jalan awam di Jepun.

Tindakan pempengaruh dari Brazil, Junior Caldeirao yang memakai kostum anaconda demi meraih rating turut menerima pelbagai reaksi warganet.

Iklan
Iklan

Difahamkan, klip itu dikongsi pada Jun lalu dan baru mendapat perhatian pengguna media sosial dengan meraih jutaan tontonan, baru-baru ini.

Media tempatan melaporkan ada pihak turut mengecam perbuatan Caldeirao yang didakwa tidak menghormati budaya negara matahari terbit itu selain disifatkan sebagai provokasi melampau yang membahayakan nyawa orang awam.

Iklan

Warganet turut menzahirkan kebimbangan terhadap impak pempengaruh media sosial kepada orang ramai dan keperluan memahami budaya sesebuah masyarakat.

Meskipun berdepan kritikan banyak pihak, ada juga pengguna media sosial melihat gelagatnya sebagai melucukan dan 'luar biasa'. - Agensi

Iklan