Nenek 112 tahun, 11 anak terharu sifat cakna PM
Iklan
Warga emas berusia 112 tahun, Kelthom Yaacob atau lebih mesra dipanggil Mokwo (tengah) meluahkan rasa syukur dan terharu atas keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengumumkan bantuan one‑off di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 untuk semua rakyat dewasa Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
PASIR PUTEH - Seorang warga emas berusia 112 tahun, Kelthom Yaacob atau lebih mesra dipanggil Mokwo meluahkan rasa syukur dan terharu atas keprihatinan Perdana Menteri yang mengumumkan bantuan sekali beri RM100 untuk semua rakyat dewasa Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
Kelthom yang juga ibu kepada 11 anak menyifatkan pengumuman itu sebagai bukti kecaknaan kerajaan terhadap golongan warga emas dan keluarga besar sepertinya.