Dana bantu murid cemerlang, naik taraf kemudahan sekolah

Iklan
SERI Al-Ummah memerlukan dana bagi memastikan keselesaan murid.

SITIAWAN - Sekolah Rendah Islam (SERI) Al-Ummah Manjung kini dalam usaha mengumpul dana RM100,000 bagi menaik taraf kemudahan dan persekitaran untuk keselesaan dan kecemerlangan murid sekolah itu.

Guru Besarnya, Wan Mohd Safwan Wan Ahmad Puad berkata, dana berkenaan akan membantu meningkatkan kualiti pendidikan dan pengajaran warga sekolah selain mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, sesuai dengan teknologi yang sedang berkembang pesat, SERI Al-Ummah juga tidak ketinggalan untuk pembangunan berkenaan.

"Justeru, kita akan menyediakan beberapa kemudahan sesuai teknologi terkini termasuk skrin digital (LED), kipas industri (HVLS) dan memasang papan putih digital (smart board)," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Iklan

Hebahan infaq pembangunan SERI.

Tambah beliau, pihak pengurusan sekolah juga merancang untuk memasang pergola yang akan menambahkan lagi landskap di kawasan sekolah.

Iklan

Wan Mohd Safwan turut memberitahu, pentas di dewan sekolah yang selalu digunakan untuk program dan pembangunan murid juga perlu dinaik taraf.

Orang ramai yang mahu menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui Bank Islam di nombor akaun 08059010004978 atas nama Sek Ren Islam Al Ummah atau menghubungi sekolah itu di talian rasmi 05-6980115.