Putri Bella Safira cari ibu kandung selepas tujuh tahun terpisah

Iklan
Putri Bella Safira berusia tujuh tahun yang kini tinggal bersama keluarga angkat di Kampung Sungai Pas, Kuala Krai berharap dapat dipertemukan semula dengan ibu kandungnya yang terpisah sejak dia berusia empat bulan.

KUALA KRAI – Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang kini tinggal bersama keluarga angkat di Kampung Sungai Pas di sini, berharap dapat dipertemukan semula dengan ibu kandungnya yang terpisah sejak dia berusia empat bulan.

Kanak-kanak berkenaan, Putri Bella Safira, dijaga oleh pasangan angkat selepas ibunya yang dikenali sebagai Kasmawati Tarawih dipercayai pulang ke Indonesia pada tahun 2018.

Iklan
Iklan

Bapa angkatnya, Wan Mohd Zainal Abidin Wan Abdullah berkata, pelbagai usaha telah dilakukan bagi menjejaki wanita berkenaan, namun gagal menemui sebarang petunjuk hingga ke hari ini.

"Alamat terakhir yang kami tahu adalah di Indonesia.

Iklan

"Sudah beberapa kali kami cuba cari melalui pelbagai saluran, tetapi masih belum berjaya," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Beliau merayu kepada orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Kasmawati supaya menghubunginya di talian 011-6828 8404 bagi membantu mempertemukan semula anak dan ibu kandung itu.

Iklan