Pengumuman PM mampu redakan tekanan - Pakar
Iklan
Penganalisis politik melihat pengumuman Anwar sebagai langkah meredakan tekanan politik semasa, namun penerimaan rakyat dan PRN Sabah jadi ujian sebenar Kerajaan Madani.
SHAH ALAM - Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu menjadi antara mekanisme penting mampu meredakan tekanan terhadap beliau susulan beberapa perkembangan negara yang dilihat kurang menyenangkan rakyat dan pihak tertentu.
Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Muhammad Afifi Abdul Razak berkata, rakyat berhak menilai sendiri pengumuman yang dibuat sama ada dari sudut positif mahupun negatif.