Turun Anwar, naik siapa?
Iklan
Anwar Ibrahim
DUA tahun setengah selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil tampuk pemerintahan negara, Malaysia sering terperangkap dalam tarik tali sorakan oleh dua puak.
Puak pertama pembela Anwar. Mereka memberikan pelbagai alasan mengapa Anwar tidak melakukan reformasi atau memperkecilkan gejala anti-reformasi yang berlaku di bawah Kerajaan Madani.