Peluasan SST: Kerajaan beri jaminan sentiasa pantau harga makanan - Hui Ying

Iklan
Kerajaan akan memantau harga barangan bagi memastikan kos sara hidup tidak meningkat susulan peluasan SST.

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan sentiasa memantau harga barangan terutamanya makanan bagi memastikan kos sara hidup tidak meningkat susulan peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang berkuatkuasa bulan ini.

Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying berkata, pemantauan berterusan itu akan dilakukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dari semasa ke semasa.

Iklan
Iklan

Beliau berkata inflasi makanan secara purata adalah pada kadar 2.1 peratus pada Jun dan 2.4 peratus bagi tempoh Januari hingga Jun 2025 yang lebih tinggi berbanding kadar inflasi nasional pada 1.1 peratus.

"Apabila melaksanakan peluasan SST, kita memang sudah sedia dengan kesan makanan atau kos sara hidup naik, tapi KPDN akan (sentiasa) turun ke padang untuk memantau harga.

Iklan

"Ini disebabkan sasaran pengembangan itu (adalah) kita tidak mahu harga barangan, terutamanya makanan asas dinaikkan. Kita berjanji untuk melakukan pemantauan dari semasa ke semasa supaya kos sara hidup masih kekal dan tidak ada kenaikan, terutama harga makanan asas," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pada Rabu. 

Lim menjawab soalan tambahan Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-Larut) mengenai usaha kerajaan dalam menurunkan inflasi makanan, termasuk kesan peluasan SST terhadap usaha kawalan harga makanan. - Bernama 

Iklan